Terma & Syarat
Pakej Shohada merupakan pakej berharga mampu milik dan sangat bersesuaian untuk Jemaah Haji (JH) yang mementingkan keselesaan dalam urusan ibadah haji.
Semasa musim haji, keselesaan JH menjadi keutamaan kerana JH akan berada dalam tempoh hari yang lama iaitu antara 30 hingga 42 hari. Dalam tempoh ini, sudah pasti JH perlu kepada fasiliti penginapan dan kemudahan persekitaran yang baik.
Bagi memberi keselesaan kepada JH, hotel Shohada mempunyai fasiliti yang terbaik untuk memenuhi keperluan JH pada musim haji. Di samping jarak yang bersesuaian untuk berulang alik ke Masjid Al-Haram, ia turut dilengkapi dengan ruang lobi yang luas, dewan makan yang besar, lif yang mencukupi dan juga sebuah surau. Bilangan pekerja hotel juga bersesuaian dengan jumlah kehadiran jemaah haji pada satu-satu masa.
Hotel Anwar Al Madinah Movenpick yang terletak di barisan pertama berhadapan Masjid an-Nabawi dipilih sebagai penginapan JH di Madinah. Hotel ini mempunyai fasiliti yang baik bagi menjamin keselesaan penginapan JH bersesuaian dengan harga yang berpatutan.
Pakej ini turut menawarkan penginapan hotel di Aziziah sebagai fasiliti tambahan JH ketika operasi masyair (hari-hari kemuncak ibadah haji yang meliputi ibadah wukuf di Arafah, mabit di Mudzalifah dan melontar di Mina).
- Bakal haji perlu menghubungi Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd (Az Zuha) untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai pakej haji.
- Bakal haji yang berstatus Terpilih dan jemaah yang telah berdaftar Haji dengan TH boleh mendaftar dengan Az Zuha.
- Bakal haji yang belum tiba tahun perunttukan perlu membuat rayuan kepada Lembaga Tabung Haji (TH), syaratnya telah berdaftar haji dengan TH sekurang-kurangnya *5 tahun dari tahun semasa. (tertakluk kepada perubhanan semasa oleh TH)
Pengesahan Pendaftaran
- Bakal haji perlu mengisi Borang Pendaftaran PJH (AZGTT) dengan lengkap berserta tandatangan dan menurunkan cap ibu jari mengunakan dakwat (inkpad)/stampad berwarna hitam sahaja.
- Bakal haji perlu mengisi Borang Pendaftaran TH (SW07) dengan lengkap berserta tandatangan dan menuruskan cap ibu jari mengunakan dakwat (inkpad)/stampad berwarna hitam sahaja.
- Wakil tidak dibenarkan menandatangani dan menurunkan cap ibu jari bagi pihak bakal haji.
- Bakal haji perlu membayar deposit RM10,000 seorang semasa mendaftar. Bayaran penuh pakej perlu dijelaskan selewatnya 1 Mei 2023M / 10 Syawal 1444H.
- Pembayaran boleh dibuat menggunakan wang tunai / perbankan atas talian / cek / draf bank di atas nama AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN BHD melalui nombor akaun MAYBANK ISLAMIC: 5622 6355 1450. Pembayaran melalui pihak ketiga tidak diterima. Bukti pembayaran hendaklah diserahkan kepada pihak syarikat.
- Bakal haji perlu menyertakan salinan passport dan 4 keping gambar ukuran passport semasa mendaftar.
Jadual Penerbangan
- Jadual Penerbangan Haji hanya akan dikeluarkan setelah mendapat pengesahan dari TH. Bagi pemilihan tarikh penerbangan, pihak Az Zuha berhak mencadang namun masih tertakluk kepada kelulusan TH.
- Bakal haji akan diperuntukkan jadul pergi / balik dalam tempoh hari yang ditetapkan.
-
Bakal haji dianggap terkeluar daripada perkhidmatan Az Zuha sekiranya:
- Ingin ke Madinah lebih awal atau lewat;
- Ingin pulang ke tanah air (Malaysia) lebih awal atau lebih lewat dari jadual penerbangan asal yang telah ditetapkan oleh pihak TH. Ini akan melibatkan bayaran tambahan pengangkutan yang tinggi bergantung kepada nilai semasa.
- Tidak mematuhi terma dan syarat syarikat/program Az Zuha.
Menarik Diri
- BH yang telah membuat pengesahan penerimaan tawaran perkhidmatan haji Azzuha tidak dibenarkan untuk menarik diri atau menyertai pakej haji syarikat lain atau mengikuti pakej TH Muassasah. Jika BH menarik diri atau membatalkan pemergian ke Tanah Suci tanpa alasan munasabah setelah Borang PJH AZGTT 1445H disahkan oleh pihak TH, pihak Azzuha berhak mengenakan bayaran ganti rugi / kos operasi yang akan diputuskan oleh Lembaga Pengarah Syarikat.
Nota: * Takrif alasan munasabah:
i. Kematian ahli keluarga terdekat
ii. Sakit / Kemalangan yang disahkan oleh Hospital