No lesen : PJH22/1444H
PAKEJ
HAJI SHOHADA
RM
54,900
QUAD
(4)
RM
61,900
TRIPLE
(3)
RM
69,900
DOUBLE
(2)
*Harga diskaun ini diberikan kepada 50 jemaah Terpilih yang terawal sahaja.
*Harga pakej ini telah termasuk bayaran haji bagi PJH sebanyak RM18,357 (tahun 2023/1444H) yang dikenakan oleh Lembaga Tabung Haji (TH). Bayaran ini tertakluk kepada sebarang perubahan dan pindaan semasa TH yang akan didebitkan (ditolak) oleh TH dari akaun pelanggan.
MAKKAH
Al Shohada Hotel
@setaraf
600 Meter dari Dataran Masjid
MADINAH
Al Ansar Golden Tulip
@setaraf
180 Meter dari Dataran Masjid
Pengenalan
“Pakej ini adalah pakej eksklusif dengan harga mampu milik dan sangat bersesuaian untuk mereka yang mementingkan keselesaan dalam urusan ibadah haji.
Pakej ini adalah sebagai langkah alternatif untuk jemaah yang ingin merasai menunaikan haji dengan pakej swasta tetapi dengan budget yang rendah.
Penginapan jemaah bagi pakej ini ialah di Hotel Shohada yang bertaraf lima bintang dan sudah pasti memberi keselesaan kepada para jemaah dengan fasiliti-fasiliti yang disediakan. Jemaah turut disajikan makan secara bufet Fullboard Asia. Setiap bilik yang disediakan adalah berasaskan Non-View.
Untuk maklumam tambahan, jarak antara hotel dan dataran masjid adalah dalam lingkungan 600 meter. Walaupun begitu, semasa musim haji ini, keselesaan para jemaah perlu diutamakan kerana jemaah akan berada ditanah suci dalam tempoh yang lama iaitu antara 38 hingga 45 hari. Dalam tempoh masa yang panjang ini, sudah pasti jemaah perlu kepada fasiliti penginapan yang baik.
Terdapat hotel tiga bintang yang dekat jaraknya dengan masjid tetapi ia tidak sesuai untuk menempatkan jemaah. Hal ini kerana fasiliti hotel kurang memuaskan contohnya bilik yang kecil, fasiliti tidak lengkap, perkerja hotel kurang mencukupi, dewan makan lebih kecil dan lif yang tidak banyak. Dengan fasiliti yang kurang dan tidak lengkap ini akan menyebabkan ketidakselesaan kepada jemaah”
Harga Pakej
- Harga Pakej Haji yang ditawarkan AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN BHD (AZ ZUHA) seperti berikut bagi setiap seorang mengikut jenis bilik dan anggaran tarikh di bawah:
Harga Pakej Haji Safwah (Promo) | |||
KOD PAKEJ | ZUHA 04 | ZUHA 05 | ZUHA 06 |
JENIS BILIK | QUAD | TRIPLE | DOUBLE |
HARGA | RM 54,900 | RM 61,900 | RM 69,900 |
Harga diskaun ini diberikan kepada 50 jemaah Terpilih yang terawal sahaja.
Harga pakej ini telah termasuk bayaran haji bagi PJH sebanyak RM18,357 (tahun 2023/1444H) yang dikenakan oleh Lembaga Tabung Haji (TH). Bayaran ini tertakluk kepada sebarang perubahan dan pindaan semasa TH yang akan didebitkan (ditolak) oleh TH dari akaun pelanggan.
- Semasa berdaftar, bakal haji perlu memilih jenis bilik yang dikehendaki (Quad/Triple/Double). Sekiranya jenis bilik pilihan tiada kekosongan pada masa tempahan disahkan, atau tidak cukup regu di akhir penyusunan bilik, bakal haji perlu bersetuju menerima kekosongan bilik sedia ada.
Nota:
* Harga tertakluk kepada perubahan semasa
Bayaran Haji
Contoh kiraan jika harga bayaran Haji RM18,357, kaedah perngiraan bayaran seperti berikut:
- Harga pakej haji: RM54,900/pax
- Bayaran haji tahun 2023: RM18,357/pax
- Bayaran kepada Az Zuha: RM36,543/pax
Contoh jika pihak TH mengumumkan harga baru bayaran Haji RM 19,000, maka kaedah pengiraanya seperti berikut:
- Bayaran haji tahun 2023: RM19,000/pax
- Bayaran kepada Az Zuha: RM36,543/pax
- Harga pakej haji terkini: RM55,543/pax
Nota:
* Harga tertakluk kepada perubahan semasa
* Bayaran perbezaan harga adalah kepada TH. Tiada perubahan bayaran kepada Az Zuha
Hotel Makkah
Al Shohada Hotel
@setaraf
- Hotel bertaraf 5 bintang
- Jarak Hotel ke Dataran Masjidil Haram adalah 600 meter
- Mempunyai ruang bilik yang selesa dan kondusif
- Bagi bilik bertiga, berempat berkemungkinan mendapat extra bed dan bukan katil asal.
- Makanan disediakan tiga kali sehari (Fullboard Asia)
- Persekitaran ruang makan yang selesa
Hotel Madinah
Al Ansar Golden Tulip
@setaraf
- Hotel bertaraf 3 bintang
- Jarak Hotel ke Dataran Masjid Nabawi adalah 180 meter
- Mempunyai ruang bilik yang selesa dan kondusif
- Bagi bilik bertiga, berempat berkemungkinan mendapat extra bed dan bukan katil asal
- Makanan disediakan tiga kali sehari (Fullboard Asia)
- Persekitaran ruang makan yang selesa
Hospitalisasi
Khidmat Perubatan Lembaga Tabung Haji
- Khidmat Perubatan Lembaga Tabung Haji
- Pusat Rawatan di Makkah dan Madinah
- Doktor Pakar
- Jururawat Terlatih
- Farmasi / Ubat-ubatan
- Makmal Perubatan
- Klinik disetiap maktab
- Pergigian
- Ambulans
- Fisioterapi
Penerbangan
- Penerbangan pakej haji 1444H ini dikelolakan sepenuhnya oleh TH melalui penerbangan sewa khas (charter)
- Jadual penerbangan hanya akan dikeluarkan setelah mendapat pengesahan dari TH. Bagi pemilihan tarikh penerbangan, pihak Az Zuha berhak mencadang namun masih tertakluk kepada kelulusan TH.
- Penerbangan kemersil boleh diuruskan dengan kos tambahan dan tertakluk kepada kelulusan TH.
Program Ziarah
Pakej ini menawarkan 9 kali ziarah, iaitu:
Ziarah Makkah:
- Ziarah Ja’ranah – Jabal Rahmah, Jabal Nur, Jabal Tsur, Masjid Ja’ranah (umrah sunat).
- Ziarah Hudaibiyah – Masjid Hudaibiyah (umrah sunat).
- Pasar Ka’kiyah (Pasar Borong)
- Ziarah Tana’im – Masjid Aisyah (umrah sunat).
- Ziarah Tana’im – Masjid Aisyah (umrah sunat).
Ziarah Madinah:
- Ziarah dalam Masjid Nabawi – Saqifah Bani Saidah, Raudhah, Makam Rasulullah, Perkuburan Baqi’.
- Ziarah luar kota Madinah – Masjid Quba’, Masjid Dua Kiblat, Masjid Tujuh, Ladang Kurma, Jabal Uhud.
- Ziarah Masjid Quba’, Muzium Keretapi Hijjaz.
- Ziarah Masjid Quba’, Quba’ Square.
Nota:
* Sebarang perubahan sesi ziarah adalah tertakluk kepada kebenaran kerajaan Arab Saudi
Cenderahati
Az Zuha berbesar hati memberi hadiah percuma berikut kepada semua bakal haji:
- Bagasi saiz 24"
- Beg Galas 18"
- Beg Silang
- Beg Kasut
- Kain Ihram (Bagi Lelaki)
- Kain Telekung (Bagi Wanita)
- Sejadah Mini
- Tuala Muka
- T-Shirt
- Topi
- Kit Alatan Mandi
- Uncang Batu
- Botol Spray Wudhu'
- Buku Panduan Haji
- Payung
- Sleeping Bag

* Gambar hanya sekadar illustrasi

Pengurusan Kelolaan Tabung Haji
Urusan Berikut Adalah Di Bawah Kelolaan TH:
- Visa Haji
- Tiket penerbangan termasuk cukai lapangan terbang (kecuali penerbangan komersil).
- Pengurusan bagasi di Kompleks Tabung Haji Sepang, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Jeddah dan Lapangan Terbang Madinah.
- Pengurusan jemaah di lapangan terbang.
- Pengangkutan (Kelolaan Muassasah Asia Tenggara).
- Khemah di Masyair (Mina & Arafah).
- Kelengkapan pengenalan diri (gelang dan lencana haji).
- Air Zamzam (tertakluk kepada SOP semasa).
Pengangkutan
- Lapangan Terbang Jeddah ke Hotel di Aziziyah/Makkah------Muassasah Asia Tenggara
- Hotel di Aziziah ke Masjidil Haram (Umrah)------Az Zuha Travel
- Hotel di Makkah ke Hotel di Aziziah------Az Zuha Travel
- Perjalanan Masyair------Muassasah Asia Tenggara
- Hotel di Aziziah ke Hotel Makkah------Az Zuha Travel
- Ziarah Makkah------Az Zuha Travel
- Hotel di Makkah ke Hotel di Madinah------Muassasah Asia Tenggara
- Ziarah Madinah------Az Zuha Travel
- Hotel di Madinah ke Lapangan Terbang Madinah------Muassasah Asia Tenggara
- Lapangan Terbang Jeddah ke Hotel di Aziziyah/Makkah --- (Muassasah Asia Tenggara)
- Hotel di Aziziah ke Masjidil Haram (Umrah)---(Az Zuha Travel)
- Hotel di Makkah ke Hotel di Aziziah --- (Az Zuha Travel)
- Perjalanan Masyair --- (Muassasah Asia Tenggara)
- Hotel di Aziziah ke Hotel Makkah --- (Az Zuha Travel)
- Ziarah Makkah --- (Az Zuha Travel)
- Hotel di Makkah ke Hotel di Madinah --- (Muassasah Asia Tenggara)
- Ziarah Madinah --- (Az Zuha Travel)
- Hotel di Madinah ke Lapangan Terbang Madinah --- (Muassasah Asia Tenggara)
Nota:
* Jadual perjalanan menggunakan bas mungkin tidak dapat ditepati sepenuhnya kerana pada musim Haji jalanraya penuh sesak dengan kenderaan
Deposit
- Pemohon hendaklah berdaftar dengan TH dan mempunyai baki wang di akaun TH minima *RM20,000.
- Pendaftaran pakej haji tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang dinyatakan di borang pendaftaran haji Az Zuha.
- Bagi jemaah Haji Terpilih bayaran deposit sebanyak RM10,000 seorang perlu dijelaskan semasa pendaftaran (dengan kebenaran TH). Bayaran penuh pakej perlu dijelaskan selewatnya 1 Mei 2023M / 10 Syawal 1444H atau lebih awal dari itu.
Nota:
* Nilai tertakluk kepada perubahan semasa.
Perkhidmatan Tambahan
CAJ TAMBAHAN
Kad Perubatan Swasta

Khidmat Kerusi Roda
PERKARA | HARGA |
Tawaf & Sa’ie (1 Kali) | SR500 / Pax |
Tawaf Sunat (1 Kali) | SR300 / Pax |
Raudhah (1 Kali) | SR250 / Pax |
Solat 5 Waktu ke Masjid Nabawi, Madinah (1 Hari) | SR250 / Pax |
Nota:
* Harga tertakluk kepada perubahan semasa
Terma & Syarat
- Bakal haji perlu menghubungi Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd (Az Zuha) untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai pakej haji.
- Bakal haji yang berstatus Terpilih dan jemaah yang telah berdaftar Haji dengan TH boleh mendaftar dengan Az Zuha.
- Bakal haji yang belum tiba tahun perunttukan perlu membuat rayuan kepada Lembaga Tabung Haji (TH), syaratnya telah berdaftar haji dengan TH sekurang-kurangnya *5 tahun dari tahun semasa. (tertakluk kepada perubhanan semasa oleh TH)
Pengesahan Pendaftaran
- Bakal haji perlu mengisi Borang Pendaftaran PJH (AZGTT) dengan lengkap berserta tandatangan dan menurunkan cap ibu jari mengunakan dakwat (inkpad)/stampad berwarna hitam sahaja.
- Bakal haji perlu mengisi Borang Pendaftaran TH (SW07) dengan lengkap berserta tandatangan dan menuruskan cap ibu jari mengunakan dakwat (inkpad)/stampad berwarna hitam sahaja.
- Wakil tidak dibenarkan menandatangani dan menurunkan cap ibu jari bagi pihak bakal haji.
- Bakal haji perlu membayar deposit RM10,000 seorang semasa mendaftar. Bayaran penuh pakej perlu dijelaskan selewatnya 1 Mei 2023M / 10 Syawal 1444H.
- Pembayaran boleh dibuat menggunakan wang tunai / perbankan atas talian / cek / draf bank di atas nama AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN BHD melalui nombor akaun MAYBANK ISLAMIC: 5622 6355 1450. Pembayaran melalui pihak ketiga tidak diterima. Bukti pembayaran hendaklah diserahkan kepada pihak syarikat.
- Bakal haji perlu menyertakan salinan passport dan 4 keping gambar ukuran passport semasa mendaftar.
Jadual Penerbangan Haji
- Jadual Penerbangan Haji hanya akan dikeluarkan setelah mendapat pengesahan dari TH. Bagi pemilihan tarikh penerbangan, pihak Az Zuha berhak mencadang namun masih tertakluk kepada kelulusan TH.
- Bakal haji akan diperuntukkan jadul pergi / balik dalam tempoh hari yang ditetapkan.
-
Bakal haji dianggap terkeluar daripada perkhidmatan Az Zuha sekiranya:
- Ingin ke Madinah lebih awal atau lewat;
- Ingin pulang ke tanah air (Malaysia) lebih awal atau lebih lewat dari jadual penerbangan asal yang telah ditetapkan oleh pihak TH. Ini akan melibatkan bayaran tambahan pengangkutan yang tinggi bergantung kepada nilai semasa.
- Tidak mematuhi terma dan syarat syarikat/program Az Zuha.
Menarik Diri
- Bakal Haji yang telah membuat pengesahan penerimaan tawaran perkhidamatan haji Az Zuha tidak dibenarkan untuk menarik diri atau menyertai pakej haji syarikat lain atau mengikut pakej TH Muassasah.
- Jika bakal haji menarik diri atau membatalkan pemergian ke Tanah Suci tanpa alasan munasabah setelah Borang PJH AZGTT 1444H disahkan oleh pihak TH, pihak Az Zuha berhak mengenakan bayaran ganti rugi / kos operasi yang akan diputuskan oleh Lembaga Pengarah Syarikat.
Nota: * Takrif alasan munasabah:
i. Kematian ahli keluarga terdekat
ii. Sakit / Kemalangan yang disahkan oleh Hospital


Perlukan Bantuan? Hubungi:
+6011-1087 3467
+603-8912 3367
Atau Hubungi mana-mana cawangan Az Zuha berdekatan anda
Untuk Fast Response tukang butang Whatsapp di bawah untuk sebarang pertanyaan