NO. LESEN HAJI : PJH 05/1445H
Pakej Haji
Shohada
RM
49,900
QUAD
ZUHA 01
RM
53,900
TRIPLE
ZUHA 02
RM
59,900
DOUBLE
ZUHA 03
MAKKAH
AL SHOHADA
@Setaraf
± 600 Meter dari Dataran Masjid
MADINAH
ANWAR AL MADINAH MOVENPICK
@Setaraf
± 20 Meter dari Dataran Masjid
AZIZIAH
DAR Al HAMD
@Setaraf
± 900 Meter dari Kompleks Jamarat
Pengenalan
PAKEJ SHOHADA
Pakej Shohada merupakan pakej berharga mampu milik dan sangat bersesuaian untuk Jemaah Haji (JH) yang mementingkan keselesaan dalam urusan ibadah haji.
Semasa musim haji, keselesaan JH menjadi keutamaan kerana JH akan berada dalam tempoh hari yang lama iaitu antara 30 hingga 42 hari. Dalam tempoh ini, sudah pasti JH perlu kepada fasiliti penginapan dan kemudahan persekitaran yang baik.
Bagi memberi keselesaan kepada JH, hotel Shohada mempunyai fasiliti yang terbaik untuk memenuhi keperluan JH pada musim haji. Di samping jarak yang bersesuaian untuk berulang alik ke Masjid Al-Haram, ia turut dilengkapi dengan ruang lobi yang luas, dewan makan yang besar, lif yang mencukupi dan juga sebuah surau. Bilangan pekerja hotel juga bersesuaian dengan jumlah kehadiran jemaah haji pada satu-satu masa.
Hotel Anwar Al Madinah Movenpick yang terletak di barisan pertama berhadapan Masjid an-Nabawi dipilih sebagai penginapan JH di Madinah. Hotel ini mempunyai fasiliti yang baik bagi menjamin keselesaan penginapan JH bersesuaian dengan harga yang berpatutan.
Pakej ini turut menawarkan penginapan hotel di Aziziah sebagai fasiliti tambahan JH ketika operasi masyair (hari-hari kemuncak ibadah haji yang meliputi ibadah wukuf di Arafah, mabit di Mudzalifah dan melontar di Mina).
Pendaftaran
Langkah pertama pendaftaran, Bakal Haji (BH) perlu menerima, membaca dan memahami Buku Tawaran Pakej (BTP) dan risalah iklan (flyers) Haji Azzuha terlebih dahulu.
Setelah bersetuju untuk mendaftar bersama Azzuha, BH akan mengisi Borang Pendaftaran Haji Azzuha dan juga Borang Pengesahan Penerimaan Tawaran Perkhidmatan Haji.
Seterusnya, BH akan menandatangani dan cap jari pada borang-borang yang telah lengkap diisi untuk tindakan lanjut Azzuha.
BH yang telah mengisi lengkap borang pendaftaran dan membuat bayaran deposit dikira sebagai pelanggan atau (JH) Azzuha.
Deposit
Deposit merupakan sejumlah wang pendahuluan daripada BH kepada Azzuha yang perlu dijelaskan sebagai tanda persetujuan memilih pakej Azzuha. Sebelum membuat bayaran deposit, BH perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
- Pemohon hendaklah berdaftar dengan Tabung Haji (TH) dan mempunyai wang dalam akaun TH minimum *RM31,000 atau amaun terkini yang ditetapkan oleh TH.
- Pendaftaran pakej haji tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang dinyatakan di Borang Pendaftaran Haji Azzuha.
- Bagi JH terpilih bayaran deposit sebanyak RM10,000 seorang perlu dijelaskan setelah mendapat pengesahan pendaftaran (dengan kebenaran TH). Bayaran penuh pakej perlu dijelaskan dalam tempoh 21 hari selepas pengesahan borang pendaftaran di dalam sistem PJH diperolehi.
Nota: *Nilai bayaran tertakluk kepada perubahan semasa.
Harga Pakej
Harga Pakej Haji yang ditawarkan oleh AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN BHD (Azzuha) pada musim 1445H ini adalah seperti berikut:
HARGA PAKEJ HAJI SHOHADA (PROMOSI & TERPILIH) | |||
KOD PAKEJ | ZUHA 01 | ZUHA 02 | ZUHA 03 |
JENIS BILIK | Quad | Triple | Double |
HARGA | RM 49,900 | RM 53,900 | RM 59,900 |
Nota: *Terhad kepada 100 pelanggan terpilih terawal sahaja.
Harga pakej haji adalah termasuk bayaran haji (sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran seorang jemaah haji kepada TH untuk PJH bagi tahun 1445H/2024M sebanyak RM18,357. Bayaran haji ini akan didebitkan (ditolak) dari akaun BH di TH.
Semasa mendaftar, BH perlu memilih jenis bilik yang ditawarkan sama ada bilik berempat (Quad), bilik bertiga (Triple) atau bilik berdua (Double) mengikut jumlah BH yang turut serta mendaftar dalam kumpulan tersebut.
Peringatan: BH yang mendaftar dalam satu bilik yang sama mestilah mengikut mahram yang betul (mengikut ketetapan syarak). BH boleh merujuk kepada Azzuha berkaitan mahram sekiranya tidak pasti status kumpulannya.
Bagi BH yang mendaftar secara perseorangan atau lebih dan memilih untuk berkongsi bilik dengan jemaah lain, BH tersebut akan ditempatkan dalam bilik berempat (Quad) dengan konsep berkongsi bilik (sharing room) mengikut jantina.
Bayaran Haji
Bayaran haji merujuk kepada pengurusan kelolaan TH seperti senarai di bawah:
-
iVisa Haji
-
iiTiket penerbangan termasuk cukai lapangan terbang (kecuali penerbangan komersial)
-
iiiPengurusan bagasi di Kompleks Tabung Haji Sepang. Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Jeddah dan Lapangan Terbang Madinah
-
ivPengurusan jemaah di lapangan terbang
-
vPengangkutan (Kelolaan Muassasah Asia Tenggara)
-
viKhemah di Masyair (Mina dan Arafah)
-
viiKelengkapan pengenalan diri (gelang dan lencana haji)
-
viiiAir Zamzam (tertakluk kepada peraturan semasa)
-
ixUrusan makanan di khemah semasa operasi masyair
- Visa Haji
- Tiket penerbangan termasuk cukai lapangan terbang (kecuali penerbangan komersial)
- Pengurusan bagasi di Kompleks Tabung Haji Sepang. Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Jeddah dan Lapangan Terbang Madinah.
- Pengurusan jemaah di lapangan terbang.
- Pengangkutan (Kelolaan Muassasah Asia Tenggara)
- Khemah di Masyair (Mina dan Arafah)
- Kelengkapan pengenalan diri (gelang dan lencana haji)
- Air Zamzam (tertakluk kepada peraturan semasa)
- Urusan makanan di khemah semasa operasi masyair.
Contoh kiraan harga bayaran Haji RM 18,662, kaedah pengiraan bayaran seperti berikut:
Harga pakej haji | RM 49,900 / pax |
Bayaran haji tahun 2023 | RM 18,357 / pax |
Bayaran kepada Az Zuha | RM 31,543 / pax |
TH telah mengumumkan harga bayaran haji bagi musim 1445H/2024M adalah RM 18,662, maka kaedah pengiraanya seperti berikut:
Bayaran Haji Tahun 2024 | RM 18,662 / pax |
Bayaran Kepada Az Zuha | RM 31,238 / pax |
Harga Pakej Haji Terkini | RM 49,900 / pax |
Nota: *Nilai bayaran haji adalah tertakluk kepada perubahan semasa yang ditetapkan oleh TH.
Penginapan
Di Makkah
AL SHOHADA HOTEL @ SETARAF
Taraf | Hotel Shohada adalah hotel bertaraf 5 bintang. |
Jarak | Jarak di antara hotel dan dataran masjid mengikut ukuran garis lurus pada kiraan di Google Maps bermula daripada permulaan bangunan hotel ke dataran masjid adalah dalam lingkungan 0.6 km (600 meter). |
Bilik |
Hotel Shohada mempunyai 3 jenis bilik iaitu bilik berempa (quad), bilik bertiga (triple) dan bilik berdua (double). Katil yang disediakan berkemungkinan berbeza saiz antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, perkara ini adalah kes-kes yang terpencil sahaja yang berkemungkinan juga berlaku pada musim haji. Antara kemudahan yang terdapat di dalam bilik adalah meja tulis, peti deposit keselamatan, televisyen, peti sejuk, lantai berkarpet, cerek elektrik, telefon, almari dan penyaman udara. Setiap bilik yang disediakan adalah berasaskan non-view. |
Fasiliti | Hotel ini mempunyai ruang lobi yang luas, dewan makan yang besar, lif yang mencukupi dan juga surau. Bilangan pekerja di hotel juga bersesuaian dengan jumlah kehadiran JH pada satu-satu masa. |
Anggaran Tarikh / Masa | JH dianggarkan berada di Makkah dalam tempoh 20 hari. |
BILIK
Sumber Illustrasi: www.tripadvisor.com
MAKAN
JH akan disajikan makanan secara bufet Fullboard Asia 3 kali sehari.
Sumber Illustrasi: www.tripadvisor.com
Penginapan
Di Madinah
ANWAR AL MADINAH MÖVENPICK @ SETARAF
Taraf | Hotel Anwar Al Madinah Movenpick adalah hotel bertaraf 5 bintang. |
Jarak | Hotel ini terletak di barisan hadapan Masjid An-Nabawi. Jarak di antara hotel ke dataran masjid adalah 0.01 km (10.10 meter) mengikut ukuran garis lurus pada kiraan Google Maps. |
Bilik | Hotel Anwar Al Madinah Movenpick mempunyai jenis bilik berempat (Quad), bertiga (Triple) dan bilik berdua (Double). Setiap bilik yang disediakan adalah berasaskan non-view/city view. |
Fasiliti | Hotel ini mempunyai fasiliti yang lengkap seperti dewan makan yang luas, lif yang mencukupi. Bilangan pekerja di hotel juga bersesuaian dengan jumlah kehadiran JH pada satu-satu masa. |
Kemudahan Berdekatan | Di dalam bangunan hotel ini juga terdapat pusat membeli belah yang mempunyai restoran, kedai cenderamata, kedai minyak wangi, kedai pakaian, pasar raya dan kemudahan mesin ATM. |
Anggaran Tarikh / Masa | JH dianggarkan berada di Madinah dalam tempoh 7 hari 6 malam. |
BILIK
Sumber Illustrasi: https://my.trip.com
Penginapan
Di Aziziah
Penginapan di Aziziah disediakan sebagai penempatan tambahan untuk JH ketika operasi Masyair (hari-hari kemuncak ibadah haji yang meliputi ibadah wukuf di Arafah, mabit di Mudzalifah, melontar dan mabit di Mina) yang menjadi nilai tambah kepada keselesaan JH. Hal ini kerana ketika operasi Masyair, kebiasaan JH perlu berulang alik secara berjalan kaki daripada khemah Mina Muaisim ke Jamarat iaitu tempat melontar dengan jarak dalam lingkungan 3.5 kilometer sehala. Laluan untuk berulang alik tersebut sangat padat dengan ratusan ribu jemaah yang menggunakan laluan yang sama. JH akan kepenatan dan tidak dapat berehat dalam keadaan yang selesa kerana situasi ini akan dihadapi oleh JH sehingga selesai operasi Masyair.
Selain itu, ketika di khemah Mina Muaisim juga, JH akan berada dalam situasi yang kurang selesa kerana terpaksa berkongsi khemah yang padat, berkongsi tandas dan tempat tidur dengan JH yang lain dan akan menyulitkan untuk mengurus diri serta tidak dapat berehat dalam keadaan yang selesa.
Sebaliknya, dengan penyediaan fasiliti tambahan di Aziziah ini, JH yang telah selesai melontar dapat pulang berehat di hotel tersebut dan bersedia untuk bermabit di Mina pula sehingga selesai hari-hari tasyriq. Di hotel, JH juga akan lebih selesa untuk menguruskan diri kerana hanya berkongsi tandas dengan rakan sebilik sahaja. Di samping itu, JH akan dapat tidur dan berehat dengan lebih selesa kerana fasiliti bilik di hotel yang disediakan memuaskan.
DAR AL HAMD @ DAR SALAH
Taraf | Hotel Dar Al Hamd ialah hotel yang mendapat penarafan 3.9/5. Manakala Hotel Dar Salah ialah hotel yang mendapat penarafan 4.2/5 berdasarkan rujukan daripada Google Reviews. |
Jarak | Jarak Hotel Dar Al Hamd ke Kompleks Jamarat adalah 0.98 km (987.99 meter) sehala mengikut ukuran pejalan kaki di Google Maps manakala jarak Hotel Dar Solah pula 1.01 km (1010.0 meter). |
Bilik |
Bilik di Hotel Dar Al Hamd dan Hotel Dar Solah berkongsepkan bilik berkongsi (sharing room) dengan menggunakan jenis bilik berempat (Quad) mengikut jantina. Bilik yang disediakan luas dan selesa. Setiap bilik yang disediakan adalah berasaskan non-view/ city view. |
Fasiliti | Hotel ini mempunyai dewan makan yang luas, lif yang mencukupi dan juga terdapat sebuah surau di dalam hotel ini. Bilangan pekerja di hotel juga bersesuaian dengan jumlah kehadiran JH pada satu-satu masa. |
Anggaran Tarikh / Masa | Bermula pada 1 Zulhijjah hingga 15 Zulhijjah. |
BILIK
Sumber Illustrasi: Azzuha/Haji 1444H
MAKAN
JH akan disajikan makanan secara bufet Fullboard Asia 3 kali sehari.
Sumber Illustrasi: Google Photos
PETA
Penerabangan
JENIS PENERBANGAN
Terdapat dua (2) jenis penerbangan yang digunakan pada musim haji iaitu penerbangan sewa khas (charted flight) yang disebut sebagai Kapal Terbang Tabung Haji (KT) dan juga penerbangan komersial (SW). Semua JH akan diberikan alokasi penerbangan KT ekonomi.
Bagi penerbangan komersial, tambahan bayaran akan dikenakan dan jumlah bayaran bergantung kepada harga semasa penerbangan komersial tersebut.
KT yang digunakan oleh TH adalah Malaysia Airlines (MH) dan Saudi Airlines (SV), manakala bagi penerbangan komersial juga turut akan menggunakan penerbangan Malaysia Airlines (MH), Saudi Airlines (SV) atau syarikat penerbangan lain.
Jenis penerbangan KT ditetapkan oleh TH manakala penerbangan SW perlu kepada kelulusan TH.
JENIS KELAS TEMPAT DUDUK (SEAT)
Terdapat dua (2) jenis kelas tempat duduk di dalam pesawat iaitu kelas ekonomi (EY) dan juga kelas perniagaan (BC).
JH yang menaiki KT atau SW akan diberikan tempat duduk EY. JH yang ingin menaik taraf kelas tempat duduk daripada EY ke BC hanya dibenarkan kepada JH yang menaiki SW sahaja.
JH akan diberikan tempat secara rawak mengikut keluarga.
JADUAL PENERBANGAN HAJI
Jadual penerbangan haji akan dicadangkan oleh pihak Azzuha dan tertakluk kepada kelulusan TH. Tempoh hari JH berada di tanah suci juga ditetapkan oleh TH.
Jadual penerbangan haji yang sebenar hanya akan dikeluarkan setelah mendapat pengesahan daripada TH. BH dianggap tidak berada di bawah perkhidmatan Pakej Haji Azzuha sekiranya :
- Ingin ke Madinah lebih awal atau lewat.
- Ingin pulang ke tanah air (Malaysia) lebih awal atau lewat dari jadual penerbangan asal yang telah ditetapkan oleh pihak TH. Ini akan melibatkan bayaran tambahan pengangkutan yang tinggi bergantung kepada nilai semasa.
- Tidak mematuhi terma dan syarat syarikat/program Azzuha.
Pengangkutan
Di Tanah Suci
Sepanjang musim Haji, Azzuha akan menempah khas pengangkutan bas berhawa dingin khas yang selesa buat JH. Setiap bas boleh memuatkan sehingga 49 JH.
Berikut adalah jadual pengurusan pengangkutan semasa musim haji:
Lapangan Terbang Jeddah ke Hotel Aziziah
|
→ Muassasah Asia Tenggara (Naqobah) |
Hotel di Aziziyah ke Masjid al-Haram
|
→ Az Zuha |
Hotel Aziziyah ke Hotel Makkah
|
→ Az Zuha |
Hotel di Makkah ke Hotel di Aziziyah
|
→ Az Zuha |
Perjalanan Masyair
|
→ Muassasah Asia Tenggara (Naqobah) |
Hotel di Aziziyah ke Hotel di Makkah
|
→ Az Zuha |
Ziarah Makkah
|
→ Az Zuha |
Hotel di Makkah ke Hotel di Madinah
|
→ Muassasah Asia Tenggara (Naqobah) |
Ziarah Madinah
|
→ Az Zuha |
Hotel di Madinah ke Lapangan Terbang Madinah
|
→ Muassasah Asia Tenggara (Naqobah) |
Nota: *Jadual perjalanan menggunakan bas mungkin tidak dapat ditepati sepenuhnya kerana pada musim haji jalan raya akan penuh sesak dengan kenderaan.
Program
PROGRAM ZIARAH
Program ziarah yang dimaksudkan adalah aktiviti lawatan ke tempat-tempat yang mempunyai pengisian yang bermanfaat seperti tempat-tempat yang mempunyai kaitan sirah Nabawiyah. Setiap ziarah yang dilakukan akan diisi dengan penceritaan sirah berkaitan serta disulami dengan pengisian kerohanian. Berikut adalah senarai lokasi ziarah yang terdapat di dalam pakej ini:
ZIARAH MAKKAH
- Ziarah sekitar Masjid al-Haram (rumah Abu Bakar RA, Hazwarah, Bukit Abi Qubais, Bukit Safa, Tapak Rumah Kelahiran Nabi SAW).
- Ziarah Ja’ranah (Jabal Thur, Arafah, Mudzalifah, Mina, Ja’ranah & Jabal Nur).
- Ziarah Taif (Masjid Ibnu Abbas, Miqat Qarnul Manazil).
ZIARAH MADINAH
- Ziarah Sekitar Masjid An-Nabawi (Saqifah Bani Sa’idah [ada], Maqam Rasulullah SAW, Baqi’).
- Ziarah Raudhah (tertakluk kepada kelulusan permit).
- Ziarah luar Madinah (Quba’, Uhud, Qiblatain, Khandaq).
- Ziarah Quba’.
Sumber Illustrasi: Azzuha/Haji 1444H
Nota: *Program ziarah berkumpulan di Makkah dan di Madinah adalah tertakluk kepada peraturan semasa yang ditetapkan Kerajaan Arab Saudi.
PROGRAM LAWATAN
Program lawatan yang dimaksudkan ialah lawatan ke tempat-tempat yang sering menjadi tumpuan umum mengikut kesesuaian masa. Berikut adalah senarai lokasi tempat program lawatan yang terdapat di dalam pakej ini :
Kilang Ros di Taif
Kebun Kurma [1]
Kilang Al-Quran [2]
Muzium
Pasar Membeli Belah
Nota: *Program lawatan berkumpulan di Makkah dan di Madinah adalah tertakluk kepada peraturan semasa Kerajaan Arab Saudi.
Sumber Illustrasi: Azzuha/Haji 1444H [1], Google Photos: Wikipedia [2]
Khidmat Perubatan
Khidmat Perubatan adalah perkhidmatan asas yang disediakan oleh TH kepada semua JH sepanjang JH berada di Tanah Suci. Perkhidmatan ini adalah percuma dan diuruskan sepenuhnya oleh pegawai dan petugas TH. Berikut adalah khidmat perubatan yang ditawarkan:
- Khidmat Perubatan Lembaga Tabung Haji
- Pusat Rawatan di Makkah dan Madinah
- Doktor Pakar
- Jururawat Terpilih
- Farmasi / Ubat-ubatan
- Makmal Perubatan
- Klinik di setiap maktab
- Klinik Pergigian
- Ambulans
- Fisioterapi
Nota: *Tertakluk kepada perubahan semasa.
Kesihatan
Sumber Illustrasi: Azzuha/Haji 1444H
Barang Hadiah
JH yang mendaftar dengan Azzuha dan telah membuat pembayaran penuh akan mendapat pelbagai barang hadiah khas yang sangat menarik daripada Azzuha. Terdapat barang hadiah yang akan diberi awal di Malaysia dan barang hadiah lain yang akan diberikan di tanah suci. Kriteria barang hadiah yang akan diberi merupakan sesuatu yang sangat bermanfaat dan boleh diguna pakai oleh JH ketika berada di tanah suci. Berikut adalah senarai barang hadiah yang diberikan :
- Bagasi saiz 24"
- Beg galas 18"
- Beg silang 4 Beg kasut
- Kain Ihram
- Kain Telekung
- Sejadah Mini
- Tuala Muka
- T-shirt
- Topi
- Kit Alatan Mandi
- Uncang Batu
- Botol Spray Wudhuk
- Buku Panduan Haji
- Payung
- Sleeping Bag
Sumber Illustrasi: Azzuha/Haji 1444H
Perkhidmatan
Lapangan
Perkhidmatan lapangan merupakan perkhidmatan yang disediakan untuk membantu JH semasa di lapangan. Dua bahagian (department) di Azzuha yang bertanggungjawab dalam urusan ini ialah Azzuha Airport Management (AZAM) dan Tim Operasi Haramain (TOHA).
Pegawai AZAM akan membantu menguruskan pelepasan JH sama ada yang akan berlepas dari Hotel Movenpick, Sepang atau dari terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) Terminal 1. Antara bentuk perkhidmatan yang diberikan adalah urusan daftar masuk (check in) bagasi JH, taklimat akhir pelepasan, bacaan doa musafir, pemberian kudapan- kudapan ringan, dan sebagainya.
Setelah JH tiba di tanah suci, pegawai TOHA akan menyambut dan santuni ketibaan JH sebagai dhuyufurrahman dengan penuh mesra. Selain itu, TOHA juga akan berkhidmat dalam urusan-urusan daftar masuk dan keluar hotel, pengangkutan, ziarah, lawatan, dan bersedia dalam hal-hal kecemasan yang berlaku.
Sumber Illustrasi: Azzuha/Haji 1444H
Menarik Diri
BH yang telah membuat pengesahan penerimaan tawaran perkhidmatan haji Azzuha tidak dibenarkan untuk menarik diri atau menyertai pakej haji syarikat lain atau mengikuti pakej TH Muassasah. Jika BH menarik diri atau membatalkan pemergian ke Tanah Suci tanpa alasan munasabah setelah Borang PJH AZGTT 1445H disahkan oleh pihak TH, pihak Azzuha berhak mengenakan bayaran ganti rugi / kos operasi yang akan diputuskan oleh Lembaga Pengarah Syarikat.
Perlukan Bantuan? Hubungi:
+6011-1087 3467
+603-8912 3367
Atau Hubungi mana-mana cawangan Az Zuha berdekatan anda
Untuk Fast Response tukang butang Whatsapp di bawah untuk sebarang pertanyaan