• Berapakah kuota haji Malaysia tahun ini?

    31,600 orang

  • Berapakah kenaikan kuota ini berbanding 2019?

    Kenaikan sebanyak 1,400 orang berbanding 30,200 tahun 2019

  • Apakah mungkin ada kuota tambahan?

    Bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa saudi, biasanya kuota tambahan diberikan, contohnya kuota negara lain yang tidak penuh diberikan kepada Malaysia

  • Apakah proses pra-pelepasan imigresen haji akan diteruskan seperti biasa di KLIA tahun ini?

    Ya, ia diteruskan seperti biasa

  • Selain itu, apakah tambahan yang diberikan pihak Arab Saudi?

    Jamaah haji Malaysia semasa proses pulang, diberi keistimewaan mengunakan Terminal Khas melalui EYAB di Jeddah & Madinah

  • Apakah kelelebihan EYAB ini?

    Jamaah haji Malaysia tidak perlu menunggu lama di lapangan terbang untuk proses pelepasan imigresen dan keselamatan

  • Apakah kebaikan keduanya, pra-pelepasan di KLIA dan EYAB di Jeddah/Madinah?

    Keduanya memberi kemudahan kepada jamaah haji, keselesaan kepada jemaah terutama yang uzur dan tua tidak lagi perlu menunggu lama

  • Selain itu, apakah keputusan lain dibuat Mesyuarat Tahunan Haji 2020?

    Pihak berkuasa Saudi memutuskan, caj SR2000 dikenakan kepada jamaah haji kali ke-2 dimasuhkan, dan caj sebanyak SR300 akan dikenakan kepada setiap jamaah untuk urusan visa haji

  • Visa haji ini dikeluarkan siapa?

    Visa akan dikeluarkan pihak Arab Saudi

  • Ada dakwaan sebut kenapa kena caj, warga China masuk malaysia tak kena caj visa, buat haji kena caj?

    Caj ini dikenakan pihak Saudi bukan Malaysia. Ia dalam bidang kuasa Saudi sebagai negara tuan rumah 

WhatsApp Kami