Hotel Dekat & Selesa

Penginapan disediakan mengikut pakej yang telah didaftarkan. Kami sedaya upaya memastikan para jemaah mendapat hotel yang selesa, berkualiti dan selamat

Pembimbing Terlatih

Setiap kumpulan akan dibimbing oleh seorang Mutawwif yang berpengalaman dan bertanggungjawab bagi menjaga kebajikan serta memberikan ilmu, pedoman dan ibrah kepada jemaah.

Pengelola Jemaah Haji (PJH)

Azzuha Group Travel & Tours telah memperolehi lesen Pengelola Jemaah Haji pada tahun 2020.

No. Lesen: PJH 24/1441H

Harga Khas Bagi Jemaah Terpilih

Pelanggan yang berstatus Terpilih (P1) dan Rayuan (R) boleh mendaftar dengan AZ ZUHA.

1.0 HARGA YANG DITAWARKAN

1.1 HARGA BILIK

PAKEJ MAKAREM: HARGA BAKAL HAJI RAYUAN (R)

50 PAX TERAWAL

Harga pakejMEKAH: MAKAREM AYJADMADINAH: RAWDHA ROYAL INNAZIZIAH: BURJ RAHAF AL-MASYAIR
RM 41,540 4 PAX SEBILIK 4 PAX SEBILIK 4 PAX SEBILIK
RM 43,540 3 PAX SEBILIK 3 PAX SEBILIK 3 PAX SEBILIK
RM 46,540 3 PAX SEBILIK 2 PAX SEBILIK 2 PAX SEBILIK

Semasa berdaftar, bakal haji perlu memilih jenis bilik yang dikehendaki (Quint / Quad / Triple / Double). Sekiranya jenis bilik pilihan tiada kekosongan pada masa tempahan disahkan, atau tidak cukup regu di akhir penyusunan bilik, bakal haji perlu bersetuju menerima kekosongan bilik sedia ada.

1.2 Wang Naik Haji

Harga pakej telah termasuk bayaran wang naik haji bagi PJH sebanyak *RM11,573 (tahun 2019) yang dikenakan oleh Lembaga Tabung Haji (TH). Bayaran ini tertakluk kepada pindaan semasa TH yang akan didebitkan (ditolak) oleh TH dari akaun pelanggan.

Contoh melibatkan perubahan harga wang naik haji:

Harga pakej haji asal: RM38,990/pax
Wang naik haji tahun 2019: RM11,573/pax
Bayaran kepada AZ ZUHA: RM27,417/pax

Apabila pihak TH mengumumkan harga baru bagi bayaran wang naik haji, maka kaedah pengiraannya seperti berikut:

Wang naik haji tahun semasa: *RM12,123/pax
Bayaran kepada AZ ZUHA: RM27,417/pax
Harga pakej haji terbaru: RM39,540/pax

Nota: * Nilai tertakluk perubahan semasa pihak TH

1.3 KHIDMAT HOSPITAL

  1. Percuma Khidmat perubatan Tabung Haji
  2. Percuma Kad Kesihatan (Medical Card)
    • Perbelanjaan perubatan, pergigian dan lain-lain perbelanjaan sebenar di Arab Saudi sehingga SR60,000.
    • Sub-had untuk perbelanjaan perubatan pesakit luar, pergigian dan lain-lain perbelanjaan sampingan sehingga SR2,500.
    • Sub-had untuk manfaat kemasukan ke hospital Arab Saudi, SR100 setiap hari sehingga SR2,500.
    • Sub-had untuk pemendekan perjalanan sehingga SR12,000.
    • Pemindahan perubatan dan penghantaran pulang kecemasan disebabkan oleh penyakit sedia ada sehingga SR100,000.
    • Pemindahan perubatan dan penghantaran pulang kecemasan tidak termasuk penyakit sedia ada sehingga SR250,000.
    • Perbelanjaan pengebumian di Arab Saudi sehingga SR2,500.

1.4 CAJ TAMBAHAN

1.4.1 PERKHIDMATAN KHAS MUASSASAH (PKM)

  1. PKM menyediakan khemah khas di Arafah dan Mina. Khemah di Mina terletak berhampiran dengan tempat melontar (Jamarat) yang berjarak lebih kurang 500-900 meter berbanding khemah biasa (Muaisim) pada jarak 3.5 kilometer. Penyediaan makanan disediakan sebanyak tiga kali sehari (buffet) yang dikendalikan oleh pihak Muassasah Asia Tenggara.

KHEMAH ARAFAH & MINAHARGA
MAKTAB 111 * RM 7,000 /PAX
MAKTAB 112 A * RM 8,100 /PAX
MAKTAB 112 B * RM 9,300 /PAX
MAKTAB 113 * RM 6,400 /PAX
MAKTAB 114 * RM 6,400 /PAX

1.4.2 KHIDMAT KERUSI RODA

PERKARAHARGA
Tawaf & Sa'ie (1 Kali) SR500 /PAX
Tawaf Sunat (1 Kali) SR300 /PAX
Pergerakan Masya'ir (6 Kali) SR3,500 /PAX
Raudhah (1 Kali) SR250 /PAX
Solat 5 Waktu ke Masjid Nabawi, Madinah (1 Hari) SR250 /PAX

1.4.3 PROGRAM TAMBAHAN (MINIMA 35 PAX)

PERKARAHARGA
Ziarah Thoif SR200 /PAX
Ziarah Jeddah SR150 /PAX
Makan Malam (Istirahah) Percuma

Nota: Tertakluk kepada kelulusan permit dari kerajaan Arab Saudi. Bayaran kepada petugas AZ ZUHA di Tanah Suci

1.4.4 IBADAH QURBAN / DAM

PERKARAHARGA
Kambing * SR475 / Ekor
Unta * SR900 / Bahagian
Unta * SR6,300 / Ekor
Dam - Kambing * SR430 / Ekor
Aqiqah (Sembelihan Sahaja) * SR500 / Ekor
Aqiqah (Sembelihan & Masak) * SR1,200 / Ekor

Nota: * Nilai tertakluk kepada perubahan semasa TH

2.0 DEPOSIT

Pemohon hendaklah berdaftar dengan TH sekurang-kurangnya pada tahun *2015 ke bawah dan mempunyai baki wang di akaun TH minima RM13,000 serta dalam status Terpilih (P1) atau Rayuan (R).

Pendaftaran pakej haji tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang dinyatakan di borang pendaftaran haji AZ ZUHA. Bayaran deposit sebanyak RM5,000 seorang perlu dijelaskan semasa pendaftaran. Bayaran penuh pakej perlu dijelaskan sebelum 29 Sya’ban 1441H/2020M atau lebih awal dari itu.

Nota: * Tertakluk kepada perubahan semasa Tabung Haji.

3.0 JENIS & TARIKH PENERBANGAN

Penerbangan pakej Haji 1441H ini dikelolakan sepenuhnya oleh TH melalui penerbangan sewa khas (charter) yang dipanggil Kapal Terbang Tabung Haji (KT). Jadual penerbangan hanya akan dikeluarkan setelah mendapat pengesahan dari TH. Bagi pemilihan tarikh penerbangan, pihak AZ ZUHA berhak mencadang namun masih tertakluk kepada kelulusan TH.

3.0 PENGINAPAN

MAKKAH - MAKAREM AYJAD @ setaraf

Hotel ini bertaraf 4 bintang. Jarak dari hotel ke Dataran Masjidil Haram adalah 370 meter. Hotel ini terletak di kawasan Ajyad Al-Sud. Makanan disediakan sebanyak tiga kali sehari di dewan makan hotel.

MADINAH - RAWDHA ROYAL INN @ setaraf

Hotel ini bertaraf 3 bintang. Jarak dari hotel ke Dataran Masjid An-Nabawi adalah 260 meter. Hotel ini terletak di sebelah belakang kiblat. Makanan disediakan sebanyak tiga kali sehari di dewan makan hotel.

HOTEL AZIZIAH

Jarak dari bangunan penginapan ke dataran tempat melontar (Jamarat) ialah 700-900 meter. Makanan disediakan sebanyak 3 kali sehari (buffet catering).

MINA - KHEMAH MUAISIM

Pakej ini mempunyai khemah di Mina yang berjarak 3.5 kilometer dari tempat melontar (Jamarat). Jarak pergi balik antara khemah dan Jamarat ialah lebih kurang 7 kilometer. Makanan disediakan sebanyak tiga kali sehari (bungkus) yang dikendalikan oleh pihak Muassasah Asia Tenggara.

5.0 Pengangkutan

PERJALANANPENGURUS BAS
Lapangan Terbang Jeddah ke Hotel Makkah Muassasah Naqabah
Perjalanan Masya'ir Muassasah Naqabah
Ziarah Makkah Az Zuha
Hotel Makkah ke Madinah Muassasah Naqabah
Ziarah Madinah Az Zuha
Hotel Madinah ke Lapangan Terbang Madinah Muassasah Naqabah

Nota: Jadual perjalanan menggunakan bas mungkin tidak dapat ditepati sepenuhnya oleh kerana pada musim haji jalanraya penuh sesak dengan kenderaan

6.0 Pakej ini menawarkan

ZIARAH MAKKAH
(1) Ziarah Ja’ranah - Jabal Tsur, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina ,Jabal Nur, Masjid Ja‘ranah
(2) Ziarah Hudaibiyah - Muzium Haramain, Masjid Hudaibiyah , Muzium Al-Amoudi
(3) Ziarah Tana’im 3 kali -Masjid Aisyah ( UMRAH SUNAT )
ZIARAH MADINAH
(1) Ziarah dalam Masjid Nabawi - Saqifah Bani Saidah, Raudhah, Makam Rasulullah, Perkuburan Baqi’(lelaki sahaja)
(2) Ziarah luar kota Madinah - Masjid Quba’, Masjid Dua Kiblat, Masjid Khandaq, Ladang Kurma, Jabal Uhud
(3) Ziarah Masjid Quba 2 kali -Baidho
(4) Ziarah Masjid Quba - Pasar Kurma

Cenderahati

Pihak Az Zuha Group Travel & Tours berbesar hati untuk memberi hadiah percuma berikut kepada semua jemaah termasuk jemaah kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke atas. Berikut adalah hadiah eksklusif yang diberikan:-

(1) Bagasi saiz 24”
(2) Beg silang
(3) Beg kasut
(4) Kain Ihram ( bagi lelaki )
(5) Kain Telekung ( bagi wanita )
(6) Uncang batu
(7) Sejadah
(8) Buku Panduan Umrah
(9) Air Zam Zam 5 liter
(10) Skim Perlindungan Kecemasan Az Zuha
(11) Kit Penjagaan Kesihatan

Perlukan Bantuan? Hubungi

+6 011 1087 3467

+6 03-8912 3367

Atau Hubungi mana-mana cawangan Az Zuha berdekatan anda

Untuk Fast Response tukang butang whatsapp dibawah untuk sebarang pertanyaan

WhatsApp Kami